Thursday, June 9, 2011

sabar

sabar. katanya seperdua iman. maka andai itu dipakai kira aku calon yang paling beriman. mungkin. mungkin juga yang aku tahan ini, yang aku bendung ini, bukannya sabar? kerana aku gagal mencari di mana imannya. jadi apa? bodoh? mungkin juga. kerana aku terus percaya dan aku terus memberi. dan akhirnya aku sendiri, menanti penuh harap, apa yang pernah dijanji.

hanya sejengkal rasanya, antara aku dan putus asa.

*ini bukan berkenaan kerja. lebih kepada rasa seorang abang kepada adiknya. sekian.

1 comment:

  1. Sabar itu utama :) semua post kebanyakannya berima ... bagus2. ada potensi nak jadi penulis ;p

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.