menulis dari ruang kecil ini
sambil melirik baki bateri
yang tinggal tak lama lagi
berfikir sendiri dan mencari-cari
persis hidup di alam hakiki
andai nyawa bersisa seinci
apa yang tinggal untuk dicari
redha Ilahi atau kepuasan duniawi
harapnya itu nanti pilihan
bukan ketetapan
kerana aku percaya adanya Tuhan
kerana aku takut diperdaya syaitan
aku melirik bateri lagi
sudah tidak lama berbaki
hidup ini
hujungnya pasti mati
kerana nyawa bukan bateri
Mr.F suka yang ni.
ReplyDeletesuke !
ReplyDeletelike :))
best penuh puitis
ReplyDelete