Tuesday, December 28, 2010

alhamdulillah!

lega buat setakat ini. doa dalam solat hajatku semalam termakbul kali? alhamdulillah. memang Dia Yang Maha Mengasihani.

Monday, December 27, 2010

andai

kata si teman rapat aku dulu, 'andai' itu perkataan 'syaitan'. andai itu umpama tidak meredhai qada' dan qadarnya. benar juga. tapi susah untuk tidak membeza-beza. kadang-kadang jadi terlupa.

aku pernah terfikir, andai satu hari Dia menarik balik salah satu nikmat yang dipinjamkan, aku akan redha. itu ketentuan-Nya. andai satu hari kakiku tidak mampu berjalan lagi. aku redha. andai mulutku tidak upaya menutur kata lagi. aku redha. anda telinga tidak dapat mendengar lagi. aku juga redha. andai mata tidak dapat melihat. ya, aku akan redha.

sekarang, berfikir mungkinnya salah satu nikmat itu hilang dari si anak kecil yang baru benar melihat dunia, aku jadi bingung. mencari redha yang entah ke mana.

ringankanlah ujianMu kepadanya Ya Allah. atau aku saja gantinya?

sayang

aku sayang semua. tapi tipu kalau tiada yang dilebihkan. ada. tapi aku sayang semua, itu hakikat. yang terlebih itu ada musabab. tidaklah sengaja dilebih-lebih. tidak mula sampai ditatang dan dimanja membabi buta. tidak.

tidak juga perlu percaya. ini antara aku dan Dia. menghambakan diri pada jalan ini bukan kerana seorang dua. tapi untuk semua. tak kiralah siapa. itu ikrar, tak mungkin ingkar. tak kisahlah andai tiada yang hormat, pedulikan andai ada yang menabur nista - mungkin belum tiba masa. lagi pula andai kalian semua sempurna masa wujud apa yang ada.

simpulnya begini, ini keluarga besar, kita makan sama-sama apa yang ada. kita ketawa bersama, menangis juga. kalau susah berkongsi, kalau rasa diri itu tinggi, maka mungkin juga tempatnya bukan di sini.

Thursday, December 9, 2010

jalan ini

sampai tahap ini pun sabar aku masih berbaki. rasa ini memang pelik. letih yang cuma Allah yang tahu tahapnya, tapi masih boleh tersenyum tanda rasa gembira. aku harap ini bukan simptom-simptom orang gila sebab aku belum bersedia untuk hilang deria pertimbangan yang wujudnya tanda beza binatang dan kita. walau kadang kala ada antara kita yang pertimbangannya tidak semanusia mana. sabar saja lah. tiada yang sempurna. aku juga tidaklah seelok mana gerak lakunya. tapi harapnya tiada menyakitkan mana-mana gerangan manusia - aku cuba.

pertimbangan aku sedikit lari hari ini (semalam). bermula dengan pagi yang berselerak tabak susunannya dan aku harus jadi si pengisi ruang kelabu yang tidak diisi oleh yang sepatutnya. maka hari ini aku jadi bukan aku. si pemarah itu bukan aku. yang meninggikan suara tadi bukan aku. yang menengking tadi juga bukan aku. aku hilang sebentar mencari diri sendiri. atau cuba memaraskan harapan yang mungkin terlalu tinggi dengan mentaliti mereka-mereka yang sambil lewa tentang segala.

post pertama ini selayaknya tidaklah senegatif ini bunyinya tapi inilah mukadimah kepada jalan yang tidak sesibuk mana ini. kerana yang melalui jalan ini boleh dijari-jari. ini satu pengorbanan. jalan-jalan berturap rapi diketepi lalu jalan yang berlopak-lopak ini dipilih dan dilalui. dan yang boleh dijari-jari tadi, terima kasih kerana membuatkan jalan ini kurang sepi.

berapa lama lagi aku di sini? itu aku kurang pasti...