Thursday, December 9, 2010

jalan ini

sampai tahap ini pun sabar aku masih berbaki. rasa ini memang pelik. letih yang cuma Allah yang tahu tahapnya, tapi masih boleh tersenyum tanda rasa gembira. aku harap ini bukan simptom-simptom orang gila sebab aku belum bersedia untuk hilang deria pertimbangan yang wujudnya tanda beza binatang dan kita. walau kadang kala ada antara kita yang pertimbangannya tidak semanusia mana. sabar saja lah. tiada yang sempurna. aku juga tidaklah seelok mana gerak lakunya. tapi harapnya tiada menyakitkan mana-mana gerangan manusia - aku cuba.

pertimbangan aku sedikit lari hari ini (semalam). bermula dengan pagi yang berselerak tabak susunannya dan aku harus jadi si pengisi ruang kelabu yang tidak diisi oleh yang sepatutnya. maka hari ini aku jadi bukan aku. si pemarah itu bukan aku. yang meninggikan suara tadi bukan aku. yang menengking tadi juga bukan aku. aku hilang sebentar mencari diri sendiri. atau cuba memaraskan harapan yang mungkin terlalu tinggi dengan mentaliti mereka-mereka yang sambil lewa tentang segala.

post pertama ini selayaknya tidaklah senegatif ini bunyinya tapi inilah mukadimah kepada jalan yang tidak sesibuk mana ini. kerana yang melalui jalan ini boleh dijari-jari. ini satu pengorbanan. jalan-jalan berturap rapi diketepi lalu jalan yang berlopak-lopak ini dipilih dan dilalui. dan yang boleh dijari-jari tadi, terima kasih kerana membuatkan jalan ini kurang sepi.

berapa lama lagi aku di sini? itu aku kurang pasti...

2 comments:

Note: Only a member of this blog may post a comment.